Sunday, December 2, 2018

MODEN TROPIKA PILIHAN ANDA

Di Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa dengan kadar purata hujan yang tinggi serta panas sepanjang tahun. Pilihan rekabentuk rumah banglo yang menjadi pilihan popular adalah MODEN TROPIKAL.

Pilihan bentuk bumbung limas dengan pilihan bahan atap genting yang mudah dipasang, diselengara dan memberikan identiti tropikal. Bukaan tingkap dan pintu yang luas direkaletak dengan baik untuk memberikan bukaan pencahayaan dan pengudaraan maksimum.

PELAN BANGLO LD-1
Pelan rumah banglo setingkat dengan 3 bilik tidur, 1 bilik utiliti dan 2 bilik air.
Keluasan rumah 2,048 kaki persegi dengan anggaran kos pembinaan RM200,000+ .
Bukaan rumah saiz rumah 40' lebar x 50' panjang.

Untuk maklumat lengkap sila klik link Pelan Banglo LD-1




Pelan Rumah Banglo Untuk Anda

Apa sebenarnya yang anda mahukan untuk RUMAH BANGLO anda?
Adakah sebuah rumah yang besar, rumah yang mewah, rumah yang dilengkapi kolam renang, rumah yang punya taman yang indah atau sebuah rumah yang selamat, cantik, praktikal dan moden.

Wow.... boleh jadi pening kepala. Macam mana nak mulakan? Mencari idea untuk buat pelan rumah. Mencari tapak rumah yang sesuai. Mencari arkitek yang dapat terjemahkan impian ada. Mencari kontraktor yang boleh di percayai untuk membina rumah.

Relaks.. kami di "Koleksi Pelan Rumah Banglo" boleh bantu anda untuk dapatkan pelan-pelan banglo yang bersesuaian dengan keperluan dan citarasa anda. Anda boleh pilih daripada koleksi-koleksi kami yang sedia ada di laman sesawang kami www.pelanbanglo.com


Saturday, September 8, 2018

KOLEKSI PELAN BANGLO


SIAPAKAH KAMI ?

Kedai  Pelan Rumah Idaman PERTAMA di Malaysia yang  merekabentuk dan menghasilkan pelbagai rekabentuk rumah banglo dalam bentuk  digital Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman (format PDF) bersaiz A4 dan A3 berwarna serta  dalam format ‘files DWG atau AutoCAD’ yang membolehkan setiap pemilik rumah mendapatkan Idea dan Konsep Rekabentuk Rumah Idaman mengikut kehendak anda dan saiz serta luas tanah lot banglo. Ia ditubuhkan untuk membantu anda mendapatkan idea dan konsep rumah banglo idaman secara online.